AMANAH Jasin Desak Penubuhan Pakatan Harapan Dan Logonya Sampai Dapat


Parti Amanah Negara (Amanah) Kawasan Jasin mendesak supaya pendaftaran "Pakatan Harapan" (PH) dan logonya dapat disegerakan agar ianya dapat digunakan oleh parti-parti komponen PH sebelum pilihanraya umum ke 14 nanti.

"Kita tidak boleh tunggu lagi. Sekretariat PH perlu mempercepatkan permohonan untuk mendaftarkan PH dan logonya supaya memudahkan rakyat untuk membuat pilihan semasa mengundi nanti," tegas Ketua Amanah Jasin yang baharu, Tuan Haji Yuhaizad Abdullah selepas mempengerusikan mesyuarat AJK Kawasan Jasin di Merlimau baru-baru ini.

"Kita memang tahu RoS (Registrar of Society) akan mengemukakan pelbagai alasan untuk menolak dan melambat-lambatkan pendaftaran PH sepertimana yang berlaku ke atas Pakatan Rakyat dahulu, namun kita perlu terus berusaha mendesak sehingga dapat," katanya lagi.

Menurut Yuhaizad, tiada sebab untuk RoS menolak penubuhan PH kerana sebagai kakitangan awam mereka perlu mematuhi undang-undang yang sedia ada. Jika mereka sengaja memberikan alasan-alasan semata-mata mendengar dan mengikut telunjuk dan tekanan politik dari parti kerajaan bererti mereka mengkhianati tugas dan tanggungjawab mereka sebagai kakitangan awam.

"Pihak sekretariat PH perlu membawa mereka (RoS) ke muka pengadilan jika mereka sengaja melambat-lambatkan atau menolak permohonan pendaftaran PH kerana mereka tidak mempunyai bidangkuasa untuk melakukan hal sedemikian jika kita memenehui segala syarat dan peraturan yang telah ditetapkan,' tegas beliau.

Ketika ini Pakatan Harapan yang dibentuk pada 2 September 2015 yang menggantikan selepas tamatnya kerjasama politik antara PAS, PKR dan DAP dalam Pakatan Rakyat pada Jun tahun lepas.

PH gabungan tiga buah parti pembangkang membabitkan PKR, DAP dan Parti Amanah Negara.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments:

Post a Comment