Perjuangan AMANAH Tidak Terkesan Dengan Tuduhan Seperti Serpihan & Pengkhianat


Walaupun Parti Amanah Negara dituduh dan dilabel dengan bermacam-macam tuduhan seperti parti serpihan, pengkhianat dan sebagainya, ia tidak memberikan apa-apa kesan kepada perjuangan AMANAH, demikian dinyatakan oleh Pengarah Pilihanraya AMANAH Nasional, YB Dr. Mohd Hatta Ramli.

Beliau berkata demikian pada majlis meraikan ketibaan Konvoi Sambutan Setahun AMANAH Melaka di Dataran Amanah Melaka di Durian Tunggal semalam.

"We know where we are, kita ada mission yang kita nak buat, dia (parti sejarah) dengan telatah dia menghina kita dan sebagainya, tapi saya nak ingatkan bahawa semua kita ini berhak untuk melaksanakan tanggungjawab dakwah kita, memujuk dan menarik mereka, hari ini mereka tidak bersama kita, (namun) saya berkeyakinan, malah sangat yakin dengan sedikit masa lagi, mereka akan bersama-sama dengan kita," ujar Dr. Hatta.

Dr Hatta menegaskan kemenangan AMANAH bukan bergantung kepada masa yang menentukan, juga bukan pilihanraya, tetapi kepada gerak-kerja yang kita lakukan.

Beliau turut menyatakan apa yang telah dilakukan oleh UMNO BN seperti sudah boleh mematikan parti-parti selainnya, rupa-rupanya UMNO BN sendiri tidak yakin dengan apa yang mereka lakukan sehingga terpaksa mengadakan persempadanan semula sebagai tambahan untuk menghalang (kemenangan) kita.

Tetapi menurut Dr. Hatta, sekalipun demikian kita akan dapat mengatasinya dan kita akan menang, disambut dengan tepukan dan laungan takbir oleh hadirin.

Sebelum itu, Pengerusi AMANAH Melaka, Tuan Haji Adly Zahari menyatakan kita melakukan konvoi melawat kawasan-kawasan AMANAH di dalam negeri Melaka dalam satu hari sebagai satu tanda kemampuan kita bergerak ke kawasan-kawasan.

"Jikalau Najib umumkan (tarikh pilihanraya) sebulan dua ni, kita (Insha Allah) tidak akan bimbang kerana kawasan-kawasan AMANAH sudah bersedia menghadapinya," tegasnya.

Parti Amanah Melaka Negeri Melaka menyambut Setahun AMANAH Melaka dengan mengadakan konvoi bermotosikal dan berkereta menjelajah seluruh negeri Melaka bermula dari jam 8.00 pagi sehingga 6.30 petang.

Konvoi turut disertai oleh Naib Presiden AMANAH Nasional, Dr.Hassan Baharum, Pengerusi AMANAH Melaka, Haji Adly Zahari, semua pimpinan AMANAH Melaka dan Ketua-ketua AMANAH Kawasan.

Konvoi bermula dari pejabat AMANAH Melaka di Bukit Katil, kemudian menuju ke Jasin, menyusuri Pekan Merlimau dan kemudian singgah di Pejabat AMANAH Cawangan Sungai Rambai yang terletak di Kg. Sebatu untuk bersarapan pagi yang disediakan oleh AMANAH Kawasan Jasin.

Konvoi kemudian semakin membesar dan bertolak menuju ke Telok Mas dan di Permatang Pasir dimana billboard gergasi AMANAH Kota Melaka telah dirasmikan.

AMANAH Melaka telah menaikkan billboard gergasi ini di semua lokasi strategik AMANAH Kawasan-kawasan yang dibuat dengan bantuan dari ARiF Melaka.

Dari Kota Melaka, perserta konvoi terus menuju ke Pantai Puteri dan peserta konvoi disambut dan di jamu makan tengahari oleh AMANAH Kawasan Tangga Batu.

Setelah solat zohor, konvoi terus bergerak ke Sungai Udang dan Kuala Sungai Baru sebelum ke Rembia untuk merasmikan pejabat AMANAH KAwasan Alor Gajah.

Konvoi kemudian tiba ke Dataran AMANAH di Durian Tunggal kira-kira jam 5.00 petang untuk solat Asar dan menghadiri Majlis Hi-Tea yang turut dihadiri oleh Timbalan Penasihat Umum AMANAH, Ustaz Abd Ghani Samsuddin dan Pengarah Pilihanraya AMANAH Nasional, YB Dr. Mohd Hatta Ramli.

Di majlis tersebut, Ustaz Abd Ghani turut memberikan ucapan dan tazkirahnya kepada para peserta konvoi.

Sepanjang perjalan konvoi, ARiF telah melaksanakan tugasnya yang cemerlang membantu melicinkan pergerakan dengan mengawal perjalanan dan keadaan lalulintas.

Majlis bersurai dengan nyanian lagu AMANAH dengan penuh semangat oleh sekalian mereka yang hadir.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments:

Post a Comment