[BERGAMBAR] Liputan Petugas AMANAH Melaka Ke Batang Mero Untuk PRN Sarawak


Petugas AMANAH Melaka yang diletakkan membantu AMANAH Sarawak di Dun Beting Maro terus komited menjalankan kerja-kerja yang dirancang.

Sebaik sahaja menjejakkan kaki di Dun Beting Maro, mereka terus mengadakan pelbagai program mendekati rakyat di Dun tersebut.

Semalam mereka bersama dengan Leman Raja Lawan dan Penyelaras Dun Beting Maro, Andi Zulkarnaen Hamden telah mengadakan kunjungan muhibbah ke RUmah Panjang Mutun.

Pada kunjungan tersebut mereka beramah mesra dengan Tuai Rumah Panjang bertanya khabar dan mengadakan perlawanan persahabatan Sepak Takraw bersama pemuda Iban di kawasan itu.

Lebih menarik lagi masyarakat Iban di Rumah Panjang tersebut telah mengisi borang untuk menyertai Parti AMANAH Negara setelah penerangan ringkas diberikan oleh Andri, Sulaiman dan Ustaz Julasapiyah Kassim.

Mereka muak dengan janji-janji manis kerajaan BN yang jarang sekali dikotakan.

Tidak syak lagi AMANAH terus mendapat sokongan dari semua lapisan rakyat tanpa mengira kaum dan agama.

Minggu lepas lebih 100 anak-anak muda dan dewasa menyertai konvoi Motosikal di Kg Pusa kali ini masyarakat Iban di Mutun pula menunjukkan sokongan padu kepada AMANAH. -sw







Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments:

Post a Comment