AMANAH Melaka Sedih Kejadian Anggota Polis Cedera Dirempuh Penagih



KENYATAAN MEDIA
UCAPAN TAKZIAH: AMANAH MELAKA MEMZAHIRKAN KESEDIHAN DIATAS KEJADIAN REMPUHAN MELIBATKAN SEORANG ANGGOTA POLIS

1. Keselurahan pimpinan dan ahli Parti Amanah Negara (AMANAH) negeri Melaka melahirkan perasaan sedih dan bimbang dengan apa yang telah menimpa seorang anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (IPK) Melaka.

2. Anggota polis berpangkat sarjan tersebut telah dirempuh dengan sebuah motorsikal dipercayai ditunggang oleh seorang penagih dadah yang mahu memboloskan diri dari ditahan. Kejadian ini berlaku semasa pihak polis diberitakan sedang menjalankan sebuah operasi "Ops Sarang", di Krubong pada jam 10.30 pagi, 12 April 2016.

3. AMANAH Melaka sehubungan itu mengingatkan agar pihak keselamatan khususnya pihak polis agar lebih berhati-hati ketika melaksanakan tugasan supaya kejadian seumpama ini tidak berulang kepada anggota yang lain.

4. Akhirnya AMANAH Melaka mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada pihak PDRM yang telah melaksanakan tugasan penuh dedikasi dan komited dalam membenteras dadah dinegeri Melaka. Kami juga turut mendoakan kesejahteraan keseluruhan anggota keselamatan dalam memikul tanggungjawab dalam melindungi rakyat dan negara.

Sekian, terima kasih

ADLY ZAHARI
Pengerusi AMANAH Negeri Melaka
13 April 2016 / 5 Rejab 1437H


Anggota polis cedera dirempuh penagih

KRUBONG: Seorang anggota polis berpangkat sarjan cedera dirempuh motosikal yang ditunggang seorang lelaki dipercayai penagih dadah.

Anggota berusia 50 tahun itu yang bertugas di Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka itu dirempuh ketika Ops Sarang di Krubong, Melaka Tengah, Melaka jam 10.40 pagi Selasa.

Timbalan komander Pasukan Khas Taktikal dan Perisikan Narkotik (Sting) Bukit Aman, ACP Baharom Othman berkata, ketika kejadian, anggota terbabit cuba menahan suspek berusia 29 tahun yang disyaki penagih dadah.

“Pagi tadi semasa kita menjalankan operasi dan kita cuba menahan salah seorang daripada penagih yang berada disini.

“Dan semasa itu telah berlaku sedikit kemalangan yang mana penagih ini telah melanggar anggota yang sedang menjalankan tugas tangkapan dan anggota tersebut tercedera,” katanya.

Menurut beliau, anggota tersebut yang merupakan seorang sarjan detektif, sedang dirawat dihospital dan dalam keadaan stabil.

Baharom berkata, anggota berkenaan patah kedua-dua belah kaki serta mengalami kecederaan serius di bahu.

Menurutnya, suspek yang merupakan seorang penganggur itu akan didakwa mengikut Seksyen 333 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam sehingga mendatangkan kecederaan.

Pemeriksaan lanjut terhadap suspek juga berjaya menemui dadah jenis heroin.

Ops Sarang berjalan serentak di Krubong, Kampung Gelam dan Sungai Udang diketuai sting dilakukan bersama agensi anti dadah kebangsaan dan jabatan siasatan jenayah narkotik melaka.

Operasi bermula 4 pagi dan berakhir 3.30 petang itu berhaya menahan 114 suspek dipercayai penagih dadah.
-astroawani


Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

1 comments:

  1. Salam, saya sarankan Amanah Melaka pergi melawat Sarjan itu. Sekian.

    ReplyDelete