[BERGAMBAR] AMANAH Tunai Tanggungjawab Serah Memo Bantah RUU MKN



Parti Amanah Negara (Amanah) hari ini menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mua'dzam Shah agar menolak Undang-undang Majlis Keselamatan Negara (MKN) 2015.

Timbalan Presidennya, Salahuddin Ayub berkata, tindakan itu diambil Amanah sebagai tanggungjawab kepada negara, lapor Sinar Harian.

"Memorandum ini berkisar kepada mohon perkenan Agong, Majlis Raja-Raja untuk menolak MKN 2015.

"Memorandum ini satu penegasan demi masa depan negara. Ini bukan masalah Majlis Raja-Raja, parti politik tapi ini masalah keselamatan negara," katanya ketika ditemui selepas menyerahkan memorandum itu di Istana Negara, hari ini.

Memorandum berkenaan diterima Pegawai Perhubungan Awam Istana Negara, Mohd Husni Yusop.

"Apabila kuasa darurat itu ada sepenuhnya di tangan perdana menteri, kita boleh bayangkan apa yang akan terjadi sekiranya beliau rasa tergugat? Terutama dalam isu-isu pilihanraya di mana mereka kalah atau menang tipis, maka hanya dengan dua, tiga kawasan Parlimen itu, mereka boleh isytihar darurat...Parlimen boleh digantung, Dewan Rakyat tidak boleh bersidang dan sebagainya.

"Sebab itu, Amanah melihat ini melibatkan kepentingan negara dan mengambil tanggungjawab menyerahkan memorandum ini kepada Yang di-Pertuan Agong," katanya.

Dalam Memorandum itu, Amanah menyebut bahawa undang-undang tersebut melanggar Perlembagaan Persekutuan kerana terdapat beberapa peruntukan dalam MKN 2015 itu mengambil alih kuasa Yang Dipertuan Agong.

Selain ia turut menafikan hak kebebasan dan asasi rakyat negara ini yang seharusnya berpayung dengan aman serta selamat di bawah naungan Yang di-Pertuan Agong.

Amanah memohon agar Yang di-Pertuan Agong tidak memberikan 'Royal Assent' kepada Undang-Undang MKN 2015 sekiranya dipersembahkan oleh perdana menteri.

"Ia sebagai penegasan kepada pemeliharaan keluhuran Perlembagaan dan kesucian institusi diraja," katanya.

Pihaknya menyarankan suatu persidangan Majlis RajaIraja diadakan untuk mengambil ketetapan agar undang-undang itu ditalk dan ditarik balik oleh kerajaan.

Rang undang-undang MKN itu telah diluluskan di Dewan Rakyat pada 3 Disember lalu.

Menurut kerajaan, ia bertujuan memperkukuhkan penguatkuasaan dari segi menjaga keselamatan rakyat negara ini secara keseluruhannya.

Ahli-ahli Parti Amanah Negara Negeri Melaka telah turut menyertai penyerahan memorandum berkenaan.

Ramai di kalangan mereka menyertai penyerahan memo berkenaan dengan menaiki bas rombongan yang telah disewa khas untuk ke Istana Negara.

Diantara yang turut menyertainya ialah Setiausaha AMANAH Melaka, Tn Hj Yuhaizad Abdullah, beberapa orang AJK Amanah Melaka dan Angkatan Wanita AMANAH (AWAN) Melaka.


 
















Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments:

Post a Comment