[BERGAMBAR] Rumah Terbuka Tahun Baru Cina AMANAH Melaka 2016 Meriah


Bukit Beruang: Majlis Rumah Terbuka sempena sambutan Tahun Baru Cina AMANAH Melaka dengan kerjasama AMANAH Kawasan Bukit Katil yang diadakan di Taman kerjasama Bukit Beruang hari ini telah mendapat sambutan hangat dari masyarakat di kawasan ini.

Majlis yang bermula jam 6.00 petang telah menerima kunjungan masyarakat dari pelbagai lapisan kaum disamping beberapa tokoh pimpinan Pakatan Harapan negeri Melaka.

Turut hadir Naib Presiden Parti Amanah Negara Dr. Hassan Baharum, Ketua Biro Integrasi Nasional AMANAH, En Hu Pang Chaw, Ahli Parlimen Bukit Katil, YB Shamsul iskandar Md Akin, ADUN-ADUN DAP negeri Melaka iaitu YB Khoo Poay Tiong, YB Lim Jak Wong, YB Goh Leong San, YB Chin Choong Seong dan bekas Ketua Wanita MCA Melaka, Datuk Kian Sit Har.

Pengerusi AMANAH Negeri Melaka, Tn Hj Adly Zahari di dalam ucapan aluan-aluannya menyatakan bahawa tujuan diadakan rumah terbuka ini ialah kita mahu membina muafakat di kalangan rakyat di dalam negara kita.

Beliau menekankan hanya dengan permuafakatan di kalangan rakyat kita mampu merubah keadaan yang kita hadapi di dalam negara sekarang ini.

Setiausaha DAP Melaka, Khoo Pay Tiong menyentuh mengenai keadaan ekonomi negara yang teruk akibat dari skandal 1MDB dan RM2.6 bilion yang dilakukan oleh pimpinan tertinggi negara manakala Naib Presiden PKR, Shamsul Iskandar turut menyelar pimpinan negara yang menyebabkan keadaan keadaan sistem politik dan ekonomi negara yang rosak teruk.

Majlis rumah terbuka ini menerima kejutan dengan ketibaan beberapa buah motorsikal berkuasa tinggi dari kumpulan "Harapan Baru (HB) Bikers" yang singgah dalam siri jelajah mereka ke selatan tanahair.

Di majlis ini juga satutabung bernama "Tabung Mat Sabu Lawan SPR" turut dilancarkan bagi membantu Presiden AMANAH, Tn Hj Mohamad Sabu yang kini menghadapi saman mahkamah sebanyak RM200,000.

Lebih manis lagi apabila di program ini, beberapa orang telah mengisi borang permohonan untuk menyertai Parti Amanah Negara. Salah seornag daripadanya ialah En Haw Lam Chai, 57 menyerahkan borangnya kepada Pengerusi AMANAH Melaka, Tn Hj. Adly.

Majlis turut dihiburkan dengan persembahan muzik dari anak-anak murid Sdra Ronsome Ho. Ronsome ialah Naib Pengerusi AMANAH Kawasan Bukit Katil dan yang telah bermurah hati menjadikan ruang hadapan kedai muziknya untuk majlis rumah terbuka Tahun Baru Cina AMANAH Melaka 2016 ini.

















































Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments:

Post a Comment