Apabila Kebenaran Mula Bangkit... Rakyat Mengharapkan 2 Hero Ini...

‘Tangkap saya, lagu polis berkumandang di penjara’

Pemindahannya secara tiba-tiba ke Jabatan Perdana Menteri tahun lalu tidak mengentarkan bekas Timbalan Pengarah Cawangan Khas, Polis Diraja Malaysia Datuk Abdul Hamid Bador.

Dalam satu kenyataan media hari ini, Hamid berkata tindakannya tidak menyalahi mana-mana undang-undang negara dan reda jika diheret ke penjara sekiranya ketua polis negara mendapat arahan dari ‘langit Putrajaya’ untuk berbuat demikian.


“Jika IGP mendapat arahan dari langit Putrajaya untuk menangkap saya maka saya reda.

“Hati ini semakin reda apabila mengenangkan Hari Polis 25 Mac depan semakin hampir. Masih kuat lagi semangat di dalam hati ini untuk menyanyikan lagu Polis Sedia Berkhidmat. Sewaktu dalam lokap nanti saya akan kumandangkan lagu keramat ini.

“Semua manusia mempunyai harga untuk dibeli dan dikompromi. Begitulah kata orang tua-tua dulu. Harga bagi diri saya ialah.... mengaku sajalah dan bertaubat,” katanya.

Beliau bagaimanapun tidak menamakan siapa yang dirujuk itu ataupun kesalahan apa perlu individu berkenaan bertaubat.

Walaupun bersedia ke penjara, Hamid berkata beliau yakin beliau tidak melanggar mana-mana undang-undang dan telah menjalankan kewajipannya sebagai seorang pegawai polis dengan sebaik-baiknya bagi memenuhi kehendak Akta Polis.

“Peranan dan fungsi utama saya adalah untuk mengesan dan mencegah jenayah.

“Undang-undang itu sendiri mengatakan bahawa seseorang itu tidak boleh menyembunyikan sebarang maklumat mengenai perlakuan jenayah,” katanya.

Hamid tahun lalu secara tiba-tiba dipindahkan ke Jabatan Perdana Menteri selang beberapa hari berita bahawa perkhidmatan Tan Sri Abdul Gani Patail sebagai peguam negara ditamatkan.

Beliau sebelum ini mendakwa terdapat usaha untuk menyembunyikan saksi dalam siasatan jenayah terhadap Najib.


Gempar: Pergaduhan Besar Berlaku Di Pejabat SPRM Kerana Isu 2.6 Billion

Isu RM2.6 bilion telah mencetuskan bukan hanya perebutan kuasa dalaman Umno. Ia juga telah mencetuskan perebutan kuasa dalam Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Abu Kassim Mohamed, mahu mengambil tindakan disiplin terhadap Pengarah Operasi Khas, Bahri Mohamad Zin, atas sebab pelanggaran etika dan protokol. Tambahan pula, isteri kedua Bahri sedang menghadapi masalah kewangan dan beliau disyaki berada dalam kedudukan yang rapuh, yang bererti beliau terdedah.

Bahri dan Abu Kassim hampir bertumbuk hari ini desas desus di ibu pejabat SPRM mengatakan peperangan terbuka dan pahit telah berlaku. Bahri telah mengancam untuk mendedahkan Abu Kassim dan pegawai-pegawai lain di SPRM yang beliau dakwa sebagai perbuatan rasuah dan salah laku. Bahri memberi amaran, jika mereka mengambil tindakan terhadapnya maka semua orang akan penjara.

Di antara senarai jenayah tersebut, menurut Bahri, adalah pembunuhan Teoh Beng Hock dan Ahmad Sarbani Mohamed. Bahri mendakwa bahawa bukan sahaja mereka dibunuh tetapi juga terdapat satu cover-up yang mencapai ‘echelons’ tertinggi SPRM.

Mungkin akhirnya rakyat Malaysia akan mengetahui kebenaran mengenai pembunuhan Teoh Beng Hock dan Ahmad Sarbani Mohamed. Dan jika Bahri benar-benar buat bising maka ramai lagi Tan Sri, Datuk Seri, Datuk, dan sebagainya, akan menyertai Anwar Ibrahim di hospital dalam Penjara Sungai Buloh.

Bahri juga telah berjanji untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional yang diketuai Umno. “Biar mampus Melayu. Lagi Baik Bagi Cina ambil Alih Kerajaan, “Bahri menjerit yang membuatkan Abu Kassim tercengang.

Bahri disyaki sebagai agen DAP dan hari ini beliau mengesahkan dalam keceluparan beliau. Bagaimana Bahri mahu menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional yang diketuai Umno tidak begitu jelas tetapi beliau disyaki akan berbuat demikian dengan ‘membocorkan’ fail-fail tertentu seperti yang beliau lakukan dengan isu 1MDB dan RM2.6 bilion.

Sama ada apa yang Bahri bercadang untuk ‘bocorkan’ adalah tulen atau palsu tidak penting kerana isu 1MDB dan RM2.6 bilion telah membuktikan. Rakyat Malaysia paling mudah tertipu, mereka akan percaya bahawa kulat pada tingkap gereja adalah gambar Jesus atau bahagian dalam buah-buahan ada kalimah ‘Allah’. Mereka akan percaya apa sahaja yang ‘bocor’ dari SPRM adalah asli dan tidak dipalsukan.

Bagaimanapun, jika sekarang Abu Kassim tidak mengambil tindakan tatatertib terhadap Bahri maka ini bermakna ugutan Bahri telah berjaya. Dan ia juga bermakna bahawa dakwaan Bahri terhadap bosnya dan rakan-rakannya dalam SPRM adalah benar.

Jika Abu Kassim tidak berani sentuh Bahri , adakah ini bermakna bahawa semua pegawai dalam SPRM mengambil rasuah, sepertimana dakwaan Bahri? Dan adakah ini juga bermakna bahawa Teoh Beng Hock dan Ahmad Sarbani Mohamed telah dibunuh dan ada pegawai tertinggi SPRM menutupnya sepertimana didakwa oleh Bahri?

Ya, ini satu perkembangan yang paling menarik sekali. Ini adalah apa yang kita akan panggil “Mexico standoff”. Jika Abu Kassim tidak berbuat apa-apa maka ini bermakna dakwaan Bahri adalah benar. Jadi adakah Abu Kassim mengalah dan membuktikan dakwaan Bahri benar atau beliau akan memanggil Bahri pembohong dan berusaha keras untuk mengalahkan Bahri?

Mari kita lihat apa yang akan berlaku dalam tempoh beberapa hari akan datang.
– Malaysia Today

TERKINI


Pengarah Operasi Khas SPRM sangkal tulisan Raja Petra

SHAH ALAM - Pengarah Bahagian Operasi Khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Bahri Mohamad Zin menafikan tohmahan Raja Petra Kamarudin dalam laporan Malaysia Today Sabtu lalu kononnya beliau bergaduh dan bertengkar dengan Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Abu Kassim Mohamed berkaitan isu kes SRC International dan dana RM2.6 bilion.

Beliau yang turut menafikan segala tohmahan yang dilontarkan oleh Raja Petra dan portal kendaliannya pada Sabtu lalu telah membuat satu laporan polis di Putrajaya, semalam.

"Ya, saya ada buat satu laporan polis. Diharap siasatan ini akan membersihkan nama saya dan SPRM," kata beliau ketika dihubungi Sinar Harian, hari ini.

Dalam laporannya, Bahri menegaskan, laporan portal itu mendakwa beliau bergaduh dan bertengkar dengan Abu Kassim, dan lain-lain dakwaan yang terdapat dalam portal itu, adalah tohmahan jahat dan fitnah.

"Tuduhan bahawa saya juga adalah ejen DAP dan mahu menjatuhkan Umno juga merupakan satu bentuk fitnah, yang bertujuan mencemarkan nama dan reputasi saya sebagai pegawai SPRM," katanya.

Bahri mahu pihak polis siasat tohmahan tidak berasas itu bagi membersihkan nama beliau dan reputasi SPRM.

"Tindakan saya sepanjang masa berkhidmat di SPRM adalah bertindak secara profesional berdasarkan undang-undang dan peraturan, dan mahu mempertahankan kebebasan SPRM," kata Bahri.

Bahri juga berkata, beliau mengenali dan yakin dengan Ketua Pesuruhjaya dan Pengurusan Tertinggi SPRM, di mana mereka telah membuktikan yang mereka sentiasa mempertahankan mana-mana pegawai yang mempertahankan kebebasan dan ketelusan SPRM dan bertindak secara adil dan profesional demi SPRM dan negara.


dari Kelab Greenboc

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments:

Post a Comment